Melukis secara live di Armenian Street got talent

Seniman Jalanan dan Lukisan-Armenian Street Got Talent Datuk dan cucu dilukis ketika Armenian Got Talent

Seniman Jalanan dan Lukisan;- Datuk dan cucu dilukis ketika Armenian Got Talent

 

Dalam kesibukan seharian melukis,sempat juga melukis secara live di acara Armenian Street Got Talent yang di adakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah naungan YB Teh Lai Heng,acara bermula pukul 3.30 ptg sehingga kemalam,kebetulan pula waktu ni cuti sekolah jadi tak menang tangan la juga jadinya,yang bagusnya hubungan yang baik dari pihak penganjur dan tuan punya kedai-kedai lama (yang boleh di katakan banyak sejarahnya ini) dan layanan mereka yang cukup baik terhadap saya,seniman kaki lima yang serba kekurangan…lama juga saya bertapa disini-ingat dekat sebulan sampai ke awal Januari waktu sekolah dah buka baru saya berhenti….seronok. dapat la juga pengalaman;teringat la pula zaman kayuh basikal mountain bike sambil bawa beg lukisan untuk melukis di Gurney Drive sekitar tahun 2006-2007,waktu tu banyak pelancung dari Arab yang datang sini…kekadang tu sampai ke pagi baru pulang kerumah untuk tidur,bertemankan lampu jalan , benteng tepi laut,couple-couple yang tengah bercinta,kaki pancing serta jalan yang tak pernah sunyi tulah aku cari ilham untuk melukis,sampai satu ketika tu ada student USM yang buat tesis buat cerita pasal aku dalam tesis mereka…cerita pasal kelangsungan hidup seorang Seniman Pelukis yang meneroka malam mencari ilham…banyak peristiwa/pengalaman pahit manis yang aku dapat.ye lah macam-macam pelanggan yang datang tempah kat aku,local pun ada outsiders pun ada,ingat kalau nak bercerita ni tak cukup page pula la..dari situ la juga dapat belajar dan fasih beberapa bahasa,terutama Mandarin,Tamil,English,France,sikit-sikit Jepun dan Arab.Cuma yang bezanya sekarang ni banyak pula pelancung dari China,Taiwan, Korea,Poland,Australia datang ke Pulau Pinang berbeza dari masa lalu…yang juga berubah adalah cara aku melukis yang kini mengikut kehendak semasa iaitu dengan menggunakan H/P iaitu dengan mengambil gambar mereka dan mengupload ke komputer dan terus saja meniru dari komputer,jadi mereka boleh jalan-jalan sambil aku menyiapkan lukisan dalam masa sekitar 25 minit,memang pantas dan aku kena betul-betul sure dengan stroke,blunt dan shading aku,ini bukan karikatur yang boleh ubah anatomy suka-suka tapi realisme yang menyimpan magisnya dalam setiap catan.oh ya aku sudah mula mengajar melukis secara percuma untuk kanak-kanak yang tak berkemampuan dan ketinggalan di sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai,kesihan sesetengahnya tak mampu pun nak beli pensel dan kertas lukisan,apa yang termampu aku sumbangkan..insyallah aku akan teruskan.bukan apa sekurang-kurangnya mereka dapat sesuatu yang berfaedah dan mengisi masa mereka yang terbuang.cuma masalahnya kadang-kadangnya tempat yang terpaksa menyewa dan menumpang di dewan serbaguna  , rumah sempit serta bawah pokok yang terpaksa mengadap panas dan hujan..aku merayulah pada sesiapa yang rasa nak buat pahala /kebaikan sesama insan…agar dapat menghulurkan sumbangan yang dapat disalurkan ke Pihak Perpustakaan di Seberang Jaya dan dapat la kami berikan pada kanak-kanak ni(tak kira bangsa dan agama) kemudahan seadanya untuk belajar mengenal seni yang seperti yang kita tahu Allah sukakan keindahan/ seni,kerana mengenal Allah itu juga satu keindahan/ seni.maaf kerana saya tak pandai berpolitik dan menyebelahi mana-mana parti politik,kebanyakan seniman adalah neutral,saya suka pada kebebasan berkarya dan bersuara tapi saya tak mahu jadi sesiapa,untuk sesiapa dan menyokong kerja-kerja yang berlandaskan kebaikan dan kemanusiaan,kalau sesiapa yang berasa ianya satu kebaikan saya memohon agar dapat memasukkan wang ke akaun  07121-41-00003105-5(BSN)atas nama Siti Noor binti Che Mat,semuga Allah membalas jasa anda semua.

Teringat waktu dulu-dulu kayuh mountain bike dengan beg besar untuk melukis di Gurney Drive.
Teringat waktu dulu-dulu kayuh mountain bike dengan beg besar untuk melukis di Gurney Drive.

 

.

Advertisements

Lukisan Realisme terbaru untuk Pameran Hari Buku Sedunia di Seberang Jaya.

Bunga tepi longkang selepas hujanChrome Big Bikes IMG0081A Merbah Jambul (1) Jeep         Selain lukisan portret,saya juga ada menerima tempahan dan membuat koleksi peribadi bagi lukisan-lukisan berkonsepkan realisme/hiperrealisme-ada sesetengahnya telah di miliki ataupun dijual dan selebihnya saya pamerkan setiapkali ada sesuatu pameran yang bersangkutan dengan saya dan;  pernah juga dijadikan cover untuk album kumpulan muzik serta buku-buku novel atau cerita yang popular semasa–Bagi Pameran Hari Buku Sedunia di Perbadanan Perpustakaan Pulau Pinang di Seberang Jaya,atas ihsan dari pihak perpustakaan terutama dari En.Nahar dan kakitangan saya telah menyertainya dengan beberapa koleksi lukisan yang dilukis dan dijual dengan hasil jualan sebanyak 20%dihadiahkan untuk kelab keluarga Perpustakaan.bersama ini saya letakkan beberapa koleksi untuk dilihat oleh pembaca blog semua dan jika ada yang berminat bolehlah menghantar e/mail ke e/mail yang tertera di catatan terdahulu iaitu mie.art09@gmail.com ataupun mie.art13@yahoo.com untuk pertanyaan atau cadangan harga dan penghantaran-.semuanya adalah hakcipta pelukis,sebarang peniruan dan penayangan tanpa izin pelukis di larang sama sekali,tindakan undang-undang akan diambil jika terdapat pelanggaran syarat-syarat tersebut.

Lukisan Karikatur dan portret biasa.

        Selain portret biasa,ada sesetengah orang meminati lukisan yang separa kartun(imiginasi) dan lukisan biasa,ini di panggil karikatur-selalunya sewaktu dahulu lukisan yang bercorak sebegini di keluarkan oleh suratkhabar atau majallah sebagai kritikan sinis kepada pemimpin parti politik atau pemerintah di Eropah,tapi kini ia menjadi satu kegilaan ataupun trademark bagi lukisan ekspresi yang cepat dan mudah ini,dengan menggunakan medium marker ataupun pensil ataupun juga dakwat dan cat air,kebanyakan tempat kini di hujani dengan pelukis-pelukis karikatur yang meningkat naik-bagi diri saya; bersama ini saya sertakan lukisan karikatur dan lukisan biasa yang menjadi tempahan dan koleksi tersendiri saya.untuk karikatur-harga tempahan bersaiz A3 beserta laminate harganya RM25 dikenakan untuk satu orang sementara dua orang keatas diskaun diberikan berdasarkan kejelasan gambar dan saiz medium.lihatlah karikatur PM kita(Najib Tun Razak),lukisan cat minyak Tuan Guru Nik AzizImej dan lain-lain yang saya sertakan disini semuga semua terhibur.ImejImejImej

Koleksi-koleksi lukisan portret hasil dari medium dan saiz berbeza.

            Disini saya letakkan untuk pemerhatian dan penelitian,lukisan-lukisan terdahulu yang saya lukis samada semasa pameran atau perjalanan ;yang di tempah atau saja hadiah si peminta untuk orang yang dilukis(kebanyakannya adalah dari lukisan life dan juga dari foto-foto yang di beri),semuanya adalah hakcipta tersendiri pelukis dan di larang menerbit atau mengeluarkannya tanpa kebenaran.ImejImejImejImej

Bagaimana melangsaikan minat anda kepada lukisan portret.

IMG0365A                Setiap orang pelukis,mempunyai harganya tersendiri dalam menilai dan mengadili harga yang berpatutan untuk hasil karyanya,termasuk juga pelukis aliran realisme(portret) seperti saya-kebanyakannya bergantung kepada nama seorang pelukis dan pengalamannya,tidak adil jika kita meletakkan harga lukisan pelukis berprofil dengan harga murah dan lukisan pelukis amatur pula dengan harga tinggi,walaupun begitu saya lebih senang mengambil jalan tengah dalam meletakkan nilai lukisan saya,maksudnya tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah.di sini saya letakkan harga mengikut medium masing-masing dan cara untuk menempah lukisan tersebut 1)Black & White(hitam/putih)-medium charcoal &pensil-saiz A3—RM45(untuk satu orang)+laminate 2).Colour(warna)-medium pastels on paper-saiz A3 —-RM150(untuk satu orang)+laminate 3).Colour(warna)=medium cat air(water colour)-saiz A3—–RM 75 (untuk satu orang)+laminate 4).Colour(warna)-medium oil paint on canvas- saiz A2—-RM 450(untuk satu orang)+laminate,segala pertanyaan dan harga boleh dibuat melalui e/mail- mie.art09@gmail.com / mie.art13@yahoo.com atau  hubungi 6017 487 6419 ke  untuk pertanyaan tempahan,harga adalah fleksibel dan boleh tawar menawar bagi yang tidak berkemampuan…kualiti adalah tanggungjawab saya cuma bayaran adalah hak anda,dan sudah semestinya anda akan mendapat lukisan yang anda tempah selewat lewatnya lima hari dari tarikh tempahan anda,jika tidak saya akan membayar semula setengah dari bayaran yang di terima.tunggu apa lagi cepat hantar foto dari talipon anda untuk dihadiahkan kepada orang tersayang.jika tidak anda perlu menanti giliran anda untuk melangsaikan minat anda kepada lukisan portret.Bersama ini saya letakkan contoh  lukisan charcoal sebanyak 2 keping sebagai contoh(size A3).-gambar P.Ramlee dan juga gambar lukisan Haji Abdullah Fahim(A3). yang menjadi koleksi peribadi saya untuk penilaian semua.Imej

Lukisan portret-seni realisme teragung dan terindah.

IMG0955AIMG0174A         Sebagai pelukis/pemotret yang tegar pada bidangnya,saya cukup skeptis pada galuran warna dan bebayang yang mewakili intuiti pokok/asas timbangtara pelukis terhadap lukisannya dan orang yang secara peribadinya menjadi bahan lukisannya secara abnormal atau biasa diolah dengan metafisik seolah-olah mendalami segala peristiwa di dalam sosok rupa yang seperti bercerita,;walaupun ada pepatah berkata jangan menilai sesuatu buku dari luarannya tapi luaran sesebuah buku itulah pengenalan pertama kita kepada kandungannya.Sememangnya wajah serta rupa seseorang manusia itu adalah cerita watak serta peribadi bagi pemiliknya,begitulah juga dengan lukisan portret seorang pelukis juga adalah mata pandangan seni berlandaskan emosi dan suasana,saya melihat lukisan portret atau wajah adalah unik kerana si pelukis sedang memperlengkapkan apa yang sedia tercipta,segala perubahan,pengalaman si pemilik wajah tersebut seakan bagai ingin dikumpul menjadi tega pada kanvas atau calaran warna persepsinya.Cabaran yang cukup utama juga adalah menjadikannya indah atau bercahaya-maka mata hati pelukis itulah yang terpaksa mencerna malah menyua bahagian atau posisi yang terbaik untuk asimilasi penghayatan si pemerhati dan warna terfokus sebagai gelombang minda yang awan laratnya garis-garis fikstur asas berpunca.Bersama ini saya letakkan contoh lukisan colour (pastels)-gambar Left.Gen.Mohd.Fuad (yang di tempah untuk dihadiah  sempena perpindahannya ke tempat lain dari Kem Sg Petani,Kedah -oleh platunnya)dan pegawai kastam (juga pastels) juga sebagai hadiah atas persaraannya untuk untuk penilaian semua yang membaca blog ini.ImejImej